My journey is begin here yaw..
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Thursday, November 7, 2013 @ 1:47 PM | 0 Comment [s]

Sebagai pemerhati, aku teringin untuk nampak bijak.
Menulis tentang sains, politik, ekonomi dan matematik.
Menulis terma-terma yang separuh bumi haram tidak faham.
Menulis isu-isu global, hal-hal penting, agenda-agenda semasa.
Menulis seolah aku seorang pemikir, penasihat, ilmuwan dan ahli falsafah.
Tapi bila aku berlabuh atas kerusi, dengan komputer riba atas meja, dan aku renung ke luar jendela menarik nafas bismillah seraya menghirup bayu inspirasi,
yang ditangkap minda aku cuma engkau.
Mana pergi cerita sains, politik, ekonomi dan matematik tadi?
Mana hilang terma-terma yang tidak difahami separuh bumi tadi?
Mana terbang isu-isu global, hal-hal penting, agenda-agenda semasa tadi?
Mana lari seorang pemikir, penasihat, ilmuwan dan ahli falsafah tadi?
Mengapa bila kau jalan saja-saja di kaki lima benakku – eh! Baju lusuhmu terus tersangkut dek cangkuk otakku, dan aku yang besar godang tadi jadi kecil, jadi bodoh, jadi berbalik kepada membincangkan sebuah persoalan klise.
Persoalan hati.
Persoalan suka.
Persoalan terpaut.
Sial betul.
Barangkali bagaimana organ dalaman aku menjadi kencang, kecut, dan kurang stabil dengan kehadiran susuk tubuh kau – itulah sains aku.
Barangkali bagaimana lima jam bersamaan lima minit, dengan kau terzahir di sebelah waktu aku jadi semurah zarah – itulah ekonomi dan matematik aku.
Barangkali bagaimana aku memplot alasan, mengabaikan perkara yang genting, mendahulukan kau yang asing – itulah politik aku.
Barangkali setiap pemikiran, permasalahan, perjuangan yang dilontarkan oleh bibir kering kau dan digerakkan oleh tulang empat kerat kau – itulah isu-isu global aku, hal-hal penting aku, agenda-agenda semasa aku.
Barangkali dengan kau mencuri keseimbangan hidup aku, aku langsung menjadi kreatif dan kritis bak seorang pemikir, penasihat, ilmuwan dan ahli falsafah.
Nyata ia suatu misteri yang mengganggu; bagaimana ensiklopedia seluruh dunia aku boleh termuat dalam jiwa dan jasad seorang manusia biasa berupakan engkau.


Older Post | Newer Post
Profile

Photobucket

Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.
follow me !
shizmeyaismy.blogspot.com

Entry

Tagboard

About Me

Annyeong! Hi everyone! I'm Nurfatihah. Call me, TYAA :)lalala. Malay, English, Mandarin and a little bit Korea are my language. Finance-to-be. In Shaa Allah.
MukaBuku ;)
Fatyaa Hyun

Create Your Badge
twitta follow :)
My WEBSTA yaww!
Song

________________________________

Guests