
|
보고 싶었어
Sunday, May 25, 2014 @ 12:46 AM | 0 Comment [s]
‘Aku yang dulu bukanlah yang sekarang’
Tegar—
Hidup aku jauh beza dari dulu
Kalau dulu aku hanya mahu seronok
Aku hanya fikirkan kebebasan
Makin lama aku makin jauh
Jauh dengan orang tersayang
Kadang aku sedar
Aku dah lama tak tanya khabar
Mama abah kawan kawan
Alasan aku – sibuk, penat
Ya, kehidupan di uni sangat berbeza
Dan aku makin berubah
Aku jadi payah nak bersabar
Payah nak tanya khabar
Payah-
Kadang aku hanya perlu masa
Peruk diri dalam bilik
Tanya aku sendiri,
apa aku nak sebenarnya?
Lama-
Aku sedar,
Kita diuji
Kerna Allah sayang
Kadang mahu aku jerit
Aku penat
Kadang mahu aku tekak
Aku tak tahan
Sampai bila?
Aku tau,
Aku bukan yang terbaik
Aku kurang dalam bab menjaga hati
Kadang rasa,
Orang2 sekeliling aku betul2 hilang
Hilang dari bayangan positif aku.
Bukan tak nak cari,
Tapi aku ada malu
Malu yang buatkan aku diam
Simpan, pendam-
Allahu, aku rindu mereka-
Mereka yang disayang
Yang sentiasa ada bangunkan aku
Dan paling aku rindu-
Aku rindu pada-Mu
|
Profile
follow me ! shizmeyaismy.blogspot.com Tagboard
About Me
Annyeong! Hi everyone! I'm Nurfatihah. Call me, TYAA :)lalala. Malay, English, Mandarin and a little bit Korea are my language. Finance-to-be. In Shaa Allah. MukaBuku ;)
![]() Create Your Badge twitta follow :)
Follow @tyaa_my
My WEBSTA yaww!
Song
Guests
|