
|
18112014
Saturday, December 6, 2014 @ 5:20 PM | 0 Comment [s]
Umur aku genap Duapuluh tahun.
Sedar tak sedar,
Dah dua tahun lebih aku merantau negeri orang.
setahun di Perlis, setahun lebih di Sarawak.
dan aku belum puas meneroka tempat orang.
mungkin lepas ni aku mahu ke negara2 Asia. negara Eropah, negara Islam yang pastinya
dan kalau boleh ke kutub utara selatan juga aku mahu pergi.
aku tahu...
banyak lagi langkah yang perlu di kejar-kejar
banyak lagi lopak untuk aku tersungkur bangun
banyak lagi duri kaca yang perlu aku pijak lari
Moga Allah permudahkan..
Lama sebenarnya tidak aku menulis catatan disini
masih lagi aku ingat kata laluan
bila di buka, malu sendiri bila baca catatan-catatan lama
belum matang sebenarnya aku masa itu.
sekarang? masih belum matang juga.
aku..
sedang sedaya upaya mengubah diri
sedang berusaha membersihkan hati yang kotor
sedang juga mempratikkan diri menutup aurat sebagai muslimah
dan lidah yang sedang mahu sentiasa memuji namaNya
ya. aku masih perlu bimbingan itu.
DuaPuluh tahun.
Moga aku sentiasa berada dalam istiqomah
mencari petunjuk dan hidayah daripadaNya.
Amiin.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
‘Robbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lanaa Min-Ladunka Rohmatan, innaka Antal-Wahhaab’
Artinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Dzat yang Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 8).
|
Profile
follow me ! shizmeyaismy.blogspot.com Tagboard
About Me
Annyeong! Hi everyone! I'm Nurfatihah. Call me, TYAA :)lalala. Malay, English, Mandarin and a little bit Korea are my language. Finance-to-be. In Shaa Allah. MukaBuku ;)
![]() Create Your Badge twitta follow :)
Follow @tyaa_my
My WEBSTA yaww!
Song
Guests
|